Adsniaga FAQ Site Berita RSS

Adsniaga kini bebas 'fraud click' Adsniaga kini bebas 'fraud click'

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra!

Sukacitanya ingin dikongsi bersama seluruh pengguna sistem pengiklanan internet adsniaga.com, sehinga saat ini adsniaga.com boleh mengeluarkan kenyataan bahawa sistem adsniaga.com kini telah bebas dari klik palsu berdasarkan keputusan pemantauan terhadap rekod-rekod daripada akaun publisher.

Alhamdulillah mungkin dengan tindakan tegas yang dikenakan dan penyampaian kaedah menjana pendapatan secara halal dapat membuka hati para publisher supaya tidak melakukan klik palsu daripada laman web masing-masing. Sehingga saat ini, adsniaga.com dapat berbangga dengan kuantiti dan kualiti para publisher yang berada di bawah adsniaga.com. Semoga dengan kestabilan dan kekuatan yang dimiliki ini dapat menarik lebih ramai pengiklan untuk mengiklan seterusnya menyumbang kepada pendapatan para publisher yang ikhlas berkhidmat untuk mengiklankan iklan-iklan para pengiklan.

Tahniah!

Terus kekal dengan kualiti yang telah terbukti, terus mengiklan dan memasang iklan daripada adsniaga.com

Terima Kasih.

2012-04-16 03:40

Terima kasih malaysia! Terima kasih malaysia!

Terima kasih!

Assalamualaikum w.b.t dan dalam mesra!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pengguna sistem pengiklanan adsniaga.com khususnya rakyat Malaysia dan tidak lupa juga para pengguna daripada Singapura, Brunei, Indonesia dan lain-lain. Semoga kerjasama diantara pengiklan dan pemasang iklan di adsniaga.com dapat kita teruskan jalinannya. 

Di kesempatan ini juga kami di pihak adsniaga.com ingin berkongsi sedikit keseronokan dengan para pengguna apabila sistem yang digunapakai sekarang sudah memasuki fasa kestabilan yang baik sehingga hari ini. Kesesuaian sistem dengan server yang digunapakai mampu memberikan perjalanan iklan yang lancar dan memberikan kelebihan kepada semua pihak. 

Semoga dengan berita gembira ini semua pihak dapat menjana pendapatan secara online melalui tujuan masing-masing. Terus menyokong adsniaga.com dengan iklan-iklan menarik anda. Terima Kasih.

MUHAMMAD SUFFI YUSOF
Pengasas Portalniaga

http://www.portalniaga.com
http://www.portalniaga.com/ranking
http://www.portalniaga.com/ads
http://www.portalniaga.com/hostign2u 

http://www.adsniaga.com
http://www.lotniaga.com
http://www.phpniaga.com
http://www.kelasonline.com

2012-04-15 02:03

Upload Banner Error! - Selesai Upload Banner Error! - Selesai

Assalamualaikum w.b.t & Salam Mesra.

Setelah 16 hari sistem adsniaga.com berada di server baru, hari ini kami baru dapat mengesan satu masalah/error berkaitan banner. Error ini akan dihadapi apabila pengiklan cuba upload fail banner daripada komputer masing-masing.

Sistem akan memberitahu terdapat error apabila sesuatu fail cuba dimuat naik. Kami telah mengenalpasti masalah ini dan telah menyelesaikannya. Namun hanya fail dalam format .gif dan .png sahaja yang dapat dimuat naik pada masa ini.

Kami sedang berusaha untuk memastikan fail dalam format .jpg dan lain-lain juga dapat dimuat naik dalam masa terdekat.

Terima Kasih kerana terus menyokong adsniaga.com, 

"Mencari keberkatan walaupun sukar bersama adsniaga.com"

- Admin

 

Update : Kami telah menyelesaikan masalah format imej yang dibenarkan, kini sebarang imej dalam format .png, .jpg, dan .gif sudah boleh dimuat naik dengan tiada sebarang error. Terima Kasih.

2011-10-30 01:57

Lihat arkib berita.

Terdapat 32 FAQ dalam talian